Saturday, August 29, 2009

JADUAL IFTAR ( MAJLIS BERBUKA PUASA ) PENGARAH MTD

Mesyuarat MTD GUAI telah bersetuju agar Pengarah MTD turun bersama ahli serta orang ramai dalam majlis berbuka puasa anjuran cawangan – cawangan PAS dalam DUN Guai.

Selain bersama majlis berbuka puasa , Pengarah MTD juga akan menunaikan solat terawih di tempat sama atau surau/masjid yang berhampiran.

Tempat dan tarikh yang telah dipersetujui ialah,

26 Ogos 2009 (5 R’dhan - Rabu ) Surau Kg Bohor Baru
27 Ogos 2009 ( 6 R’dhan – Khamis ) Surau Pondok Bukit Keledang
30 Ogos 2009 ( 9 R’dhan – Ahad ) Kg Guai
1 Sept 2009 ( 11 R’dhan – Selasa ) Kg Mengkarak
2 Sept 2009 ( 12 R’dhan – Rabu ) Felda Kumai ( Pinda ke 7 Sept 2009 )
3 Sept 2009 ( 13 R’dhan – Khamis ) Kg Padang Luas
8 Sept 2009 ( 18 R’dhan – Selasa ) Felda Purun
9 Sept 2009 ( 19 R’dhan – Rabu ) Sri Buntar
10 Sept 2009 ( 20 R’dhan – Khamis ) Felda Mayam ( Pinda ke 2 Sept 2009 )
14 Sept 2009 ( 24 R’dhan – Isnin ) Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak
15 Sept 2009 ( 25 R’dhan – Selasa ) Kg Charuk Putting
16 Sept 2009 ( 26 R’dhan – Rabu ) Felda Bkt Kepayang

Bersamalah kita menghidupkan Ramadhan dengan perkara-perkara yang tuntut oleh Allah swt. Diantara perkara yang dituntut ialah menunaikan solat lima waktu, berpuasa, solat sunat terawih, membaca dan tadarus Al Quran, bersedekah, mengeluarkan zakat, menganjurkan majlis berbuka puasa, tazkirah, ceramah dan lain-lain.

Friday, August 28, 2009

IFTAR DAN SUMBANGAN DI BOHOR


Pengarah MTD Guai dan YDP Kawasan Bera berkesempatan dalam majlis berbuka puasa ( IFTAR ) dan menyampaikan sumbangan di Surau Kg Bohor Baru pada 26 Ogos 2009 baru-baru ini.

Friday, August 21, 2009

Anak Peneroka buka kedai

Anak peneroka Felda Purun buka kedai kad dan perkakasan talipon mudah alih di Laman Kerayong. Beliau bersama kakaknya yang mengusahakan kedai menjahit pakaian di No.4 Jalan Kerayong 1, Laman Kerayong, Bandar Bera. ( Berhadapan dengan Pejabat PAS Kawasan Bera )
Perlancaran kedai berkenaan disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Bera Ust Sulaiman bin Mohamad.


Warga MTD Guai mendoakan agar Sdr Kamarul dan kakaknya serta keluarga mereka beroleh kesejahteraan dalam kehidupan dan berjaya dalam perniagaan.

Monday, August 17, 2009

Pengarah MTD Guai bersama SN Pak Samad



Pengarah MTD Guai mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai dengan SN A.Samad Said. Turut bergambar bersama ialah isteri SN Pak Samad dan Ketua Penerangan PAS Pahang Sdr Hasanuddin Salim, Pegawai Media Pahang Sdr Hashim Abdullah dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau, Tn Haji Abd Aziz bin Abdul Rahman.

Gambar dirakam di Darul Hikmah Kerdau selepas Pak Samad menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Pahang pada 16 Ogos 2009 lalu.

Monday, August 10, 2009

Naib Presiden PAS ziarah mangsa Himpunan ISA


YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS sempat berkunjung ke Bera dan menziarahi Sdr Abd Malik di Kampong Kuala Triang yang cedera di kedua-dua buku lali di sebelah petang sebelum menunaikan undangan ceramah PAS kawasan Temerloh pada sebelah malamnya.

Sdr Abd Malik tidak boleh berjalan kerana kedua tumit dan buku lalinya cedera. Beliau terjatuh semasa menyelamatkan diri dari tembakan gas dan meriam air berasid pihak polisfru semasa menyertai himpunan aman membantah akta ISA 1 Ogos 2009 lalu.

YB Salahuddin juga turut menyumbangkan sumbangan peribadinya semasa lawatan tersebut. Turut bersama dalam lawatan ziarah serta memberi sumbangan ialah YDP PAS Kawasan ( Ust Sulaiman ), Bendahari PAS Pahang ( Sdr Musaniff ), Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pahang ( Sdr Shahrul ) , AJK PAS Kawasan Bera dan AJK PAS UPU Kuala Triang.

Sunday, August 9, 2009

Waris Peserta Takaful Etiqa terima manafat


Waris peserta yang menyertai Takaful Etiqa pelan Amal Jamaie anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang / Pakatan Amal Sejagat menerima baki manafat berjumlah
RM 2,800.00 daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Bera, Ust Sulaiman bin Mohamad. Sebelum ini RM1,000.00 wang khairat telah diserahkan.

Sehingga kini hampir 15,000 orang peserta telah menyertai ketiga-tiga pelan yang dikemukakan oleh BPPNP/Pakatan Amal Sejagat iaitu Amal Jamaie, Amal Jamaie Warga Emas dan Al Ansar. Bagi setiap pelan cuma RM10.00,RM25.00 dan RM65.00 sumbangan tahunan perlu dicarum. Manakala manafat adalah RM 3,800.00,RM 3,000.00 dan RM 19,000.00.

Sesiapa saja yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun boleh menyertai pelan Amal Jamaie dan Al Ansar. Manakala untuk pelan Amal Jamaie Warga Emas ialah 66 tahun hingga 80 tahun.

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi agen daerah Bera iaitu Sdr Saha (019-966509),Sdr Abdullah (019-9509510) dan Sdr Musaniff ( 019-9378487 ).

Monday, August 3, 2009

Program ceramah PR isu-isu panas di Mengkarak

Pada 31 Julai 2009 bermula jam 9.30 malam program ceramah isu-isu panas yang membariskan pimpinan PKR, PAS dan DAP di Mengkarak mendapat sambutan hangat penduduk setempat.


Diantara penceramah ialah Cikgu Bad ( PKR), YB Chong ( Adun Tras ), Dato Fauzi Abd Rahman ( Pengerusi PKR Pahang ) dan Ust Abd Ghani Shamsudin ( AJK PAS Pusat ).


Turut hadir Ust Sulaiman Mohamad ( YDP PAS Bera ), Hj Hamzah Ibrahim ( Bekas YB Dun Guai ) dan Musaniff ( TYDP PAS Bera ).


Pada malam itu ceramah Cikgu Bad memberi maklumat yang sungguh bermakna kepada rakyat. Siapa yang tak datang rugi. Malam itu juga kami mendapat maklumat serba sedikit tentang siapa itu Sir Hendry Gurney? dan Ching Ping? Rupa-rupanya Sir Hendry Gurney yang kita pertahan selama ini adalah merupakan orang yang bertanggungjawab melahirkan negara haram Israel. Manakala Ching Ping pula adalah seorang manusia yang dilahirkan di negeri Perak.


Tetapi kami tertarik melihat YB Chong membeli sebuah buku agama yang diiklankan oleh Ust Abd Ghani Shamsudin dan
terus membacanya. Tajuk buku tersebut ialah " Agama dan Politik". Ini adalah suatu senario yang baik untuk hayat politik PR.