Saturday, July 11, 2009

MTD Guai kehilangan tokoh muslimat

Nama Ustazah Wan Fadilah binti Wan Mahmod tidak asing kepada PAS kawasan Bera dan Temerloh, khususnya kepada MTD Guai. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Kawasan Bera. Allahyarham suami beliau bernama Abu Zidin bin Haji Awang.

Allahyarhamah Ustazah Wan Fadilah telah mengembuskan nafas terakhir ketika berumur 64 tahun pada 9 Julai 2009 ( Jam 5.30pg )di Klang, Selangor dan dikebumikan pada hari itu juga( Khamis ) di tanah perkuburan Islam Kg Bukit Keledang, Bera. Jenazahnya disembahyangkan di surau pondok Kg Bukit Keledang selepas solat asar oleh saudara mara, rakan seperjuangan, dan ramai lagi. Turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarhamah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man .

Setiba kami di tanah perkuburan tersebut kelihatan saudara mara, rakan seperjuangan, kenalan turut sedih diatas permergian beliau. Talkin dan doa selamat telah diketuai oleh Tuan Guru Haji Mohamad ( Tok Guru Pondok Kg Bukit Keledang ) dan YDP PAS Bera Ust Sulaiman Mohamad. Turut hadir Sdr Musaniff bin Abd Rahman ( bekas calon PAS PRU 12 DUN Guai ).

Allahyarhamah mula bergiat aktif pada tahun 1969 berkempen membantu calon PAS bagi DUN Triang ( masa itu, sekarang DUN Guai ) Allahyarham Haji Mohamad bin Haji Awang.

Selaku Pengarah MTD Guai Sdr Musaniff bin Abd Rahman mengucapkan takziah kepada anak-anak dan saudara mara diatas perginya menemui ALLAH insan yang mereka sayangi iaitu Ustazah Wan Fadilah. Moga-moga rohnya ditempatkan dikalangan para perjuang Islam dan orang yang soleh. Amin

Thursday, July 2, 2009

TERPERANGKAP


Keadaan kesesakan lalulintas berlaku selepas suasana ribut melanda kampong-kampong tradisi yang berada di tepi Sungai Pahang. Diantaranya Kg Buntut Pulau, Kg Tenggoh dan Kg Lebak . Gambar diambil semasa suasana terperangkap lebih 2 jam dalam perjalanan ke Kg Mengkarak dari Bandar Temerloh.
Turut kami saksikan macamana sikap tidak sabar segelintir pemandu yang sama-sama terperangkap mula membuat tindakan memotong kiri kenderaan yang berbaris panjang. Apa yang terjadi selepas itu sebenarnya menambahkan lagi keadaan kesesakan disitu, dengan kedua-dua lorong jalan dipenuhi oleh kenderaan.

SALAM PERKENALAN

Buat kali pertama ini MTD Guai mengucapkan salam perkenalan kepada sesiapa sahaja yang singgah di laman ini.
Kami dengan serba kekurangan ini akan cuba sedaya upaya mengendalikan laman ini untuk kebaikan bersama. Laman ini akan memaparkan kegiatan aktivis Pakatan Rakyat, keluhan rakyat, teguran membina kepada pihak berkuasa, cadangan-cadangan membina, aktiviti masyarakat , ilmu agama dan kehidupan serta perkara-perkara lain yang membawa faedah kepada masyarakat.
MTD Guai bagi sesi baru ini telah ditubuhkan. Insyallah mulai 3hb Julai 2009 bermula dengan program taklimat di peringkat UPU, MTD Guai telah menyusun program ziarah, penerangan kelompok dan beberapa program lain.
Dari segi organisasi jawatan Pengarah diberi amanah kepada Sdr Musaniff. Manakala Timbalan Pengarah diberi amanah kepada Sdr Saha,Sdr Abdullah Tahir, Sdr Shahrul dan Sdri Rosmaizan.
Manakala jawatan Setiausaha,Bendahari, Pen Setiausaha dan Pen Bendahari diber amanah masing-masing kepada Tn Hj Cg Abdullah, Tn Hj Idris, Sdr Islahuddin dan Sdr Dr Salim.
Dengan niat serta cita-cita tinggi MTD Guai merancang untuk mempunyai sebuah pejabat yang dikendalikan oleh petugas sepenuh masa. Demi terlaksananya cita-cita ini kami percaya MTD Guai dapat berperanan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat yang berjaya dan berkesan. Untuk itu sokongan dan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga serta buah fikiran amatlah dialu-alukan.
Kepada yang berkenaan boleh menghubungi Pengarah atau Setiausaha atau Bendahari melalui email: mtdguai@gmail.com atau hubungi 019-937 8487 ( Pengarah ).